[MAKLUMAN TAMBAHAN] - STATUS PEMILIK SYARIKAT BERADA DALAM TEMPOH KUARANTIN AKIBAT POSITIF COVID-19 SEMASA TARIKH LAWATAN
Makluman kepada
Penyebut Harga yang akan menghadiri Lawatan Tapak untuk Kerja Sebutharga yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor :
Sekiranya tuan/puan
berada dalam tempoh kuarantin akibat positif Covid-19 semasa tarikh lawatan
tapak diadakan, tuan/puan masih boleh menyertai sebutharga dinyatakan
berdasarkan ketetapan seperti berikut semasa proses pendaftaran lawatan tapak :
LAWATAN TAPAK DIHADIRI OLEH WAKIL SYARIKAT
DILANTIK (dokumen-dokumen BERCETAK perlu diserahkan semasa proses
pendaftaran)
- Wakil
syarikat perlu
mengemukakan Surat Wakil semasa proses pendaftaran (Surat
Wakil mesti menyatakan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan wakil yang
hadir)
- Wakil
syarikat perlu
mengemukakan kad pengenalan wakil, lesen-lesen & perakuan yang
berkaitan dengan syarikat
- Tangkap
layar / Screenshot MySejahtera Pemilik Syarikat yang menyatakan berada
dalam tempoh kuarantin (mesti menyatakan Nama Penuh dan Nombor Kad
Pengenalan pemilik syarikat sama seperti di dalam lesen-lesen & perakuan)
- Seorang
(1) individu hanya boleh menjadi wakil untuk satu (1) syarikat sahaja
- Wakil
syarikat mestilah bebas dari sebarang gejala demam, batuk & selsema
Kerjasama daripada
pihak tuan/puan adalah sangat kami hargai.
Sekian terima
kasih.