Pegawai Bertanggungjawab |
Nama |
Tender Admin |
E-mel |
tenderadmin@selangor.gov.my |
No. Tel |
0355447557 |
Jabatan |
Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat SUK Selangor |
Tarikh |
Tajuk |
|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender |
Pejabat Daerah Sepang |
No. Sebut Harga |
PDS/BKP/SH/01/2015 |
Tarikh Iklan |
19 Jan 2015 -
30 Jan 2015 |
Tarikh Jual |
19 Jan 2015 -
30 Jan 2015 |
Tarikh Tutup |
30 Jan 2015 |
Masa Tutup |
12:00 PM |
Tempat Hantar |
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT DAERAH/TANAH SEPANG
BANGUNAN TUN AZIZ
BANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SEPANG
|
Kebenaran Khas |
|
Syarikat Bumiputera Sahaja |
|
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat Sebut Harga
1. ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
i. PELAWAAN SEBUTHARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 020601 - (ALATULIS) yang masih sah diperakui oleh pihak berkenaan.
ii. SKOP SEBUTHARGA
Sebut harga ini merangkumi perkara seperti berikut:
Membekal serta Menghantar Toner, Katrij dan Drum Untuk Kegunaan Pejabat Daerah/Tanah Sepang
No. Sebut harga: PDS/BKP/SH/01/2015
iii. SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
a. Penyebut harga dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 020601 (ALATULIS).
b. Cadangan Dokumen Sebutharga (secara online melalui e-tender Selangor) yang lengkap dan sempurna diisi hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri dan di sebelah kiri (atas) ditulis seperti berikut:-
Sebutharga Membekal serta Menghantar Toner, Katrij dan Drum Untuk Kegunaan Pejabat Daerah/Tanah Sepang
No. Sebutharga : PDS/BKP/SH/01/2015
Nama Pembekal : ..................................
c. Dokumen sebutharga ini hendaklah terdiri daripada berikut:-
a) LAMPIRAN Q – ARAHAN PERBENDAHARAAN 170
b) LAMPIRAN A – PEMATUHAN SPESIFIKASI BEKALAN
c) LAMPIRAN B – BORANG TAWARAN HARGA
d) JADUAL 1 – PENGALAMAN SYARIKAT
e) JADUAL 2 – KERJA DALAM TANGAN
f) LAMPIRAN C – SURAT AKUAN PEMBIDA
g) LAMPIRAN D – SURAT PERWAKILAN KUASA
h) PROFIL LENGKAP SYARIKAT
d. LAMPIRAN Q, LAMPIRAN A, LAMPIRAN B, LAMPIRAN C, LAMPIRAN D, PROFIL LENGKAP SYARIKAT, BROSUR DAN RISALAH (JIKA BERKAITAN) perlu dikemukakan sebagai suatu tawaran akan dijadikan panduan dalam penilaian dan pemilihan penyebut harga. Tawaran yang tidak lengkap akan ditolak.
e. Penyebut harga hendaklah menyebutharga bagi semua bekalan/perkhidmatan (mana yang berkenaan) yang disenaraikan secara terperinci di ruangan BORANG TAWARAN HARGA.
iv. TAWARAN PILIHAN
Setiap penyebut harga TIDAK DIBENARKAN membuat tawaran pilihan bagi mana-mana butiran yang dimasuki. Jika terdapat tawaran pilihan, Pejabat Daerah/Tanah Sepang berhak menolak semua tawaran yang dikemukakan.
v. PEMBATALAN SEBUTHARGA
PDT Sepang berhak membatalkan sebutharga ini sekiranya diperlukan. Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh penyebut harga kerana urusan sebutharga ini adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga terhadap perkara berkenaan dan tidak boleh dituntut kepada PDT Sepang atas kerugian.
vi. SETUJU TERIMA SEBUTHARGA
a. PDT Sepang akan memberi notis bertulis kepada penyebut harga yang berjaya apabila tawaran sebutharga dipersetujui. Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian tawaran. Tawaran sebut harga ini tidak boleh diterima sehinggalah syarat itu adalah diterima. PDT Sepang adalah berhak mempersetujui tawaran sebutharga samaada kesemuanya atau sebahagiannya.
b. Apabila disetuju terima, maka kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara PDT Sepang dan penyebut harga mengikut syarat-syarat kontrak yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau yang apa-apa perjanjian atau syarat lain walau dari apa jenis pun boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini).
c. PDT Sepang tidak terikat untuk mempersetujui mana-mana tawaran sebutharga yang terendah atau mempersetujui mana-mana jua tawaran sebutharga.
vii. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Cadangan Sebutharga mestilah sah untuk tempoh tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup tawaran sebut harga. Harga yang ditawarkan dalam sebut harga hendaklah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan termasuk semua kos yang berkaitan. Kos-kos yang tersirat tidak akan dipertimbangkan.
viii. HAK PDT SEPANG UNTUK MENERIMA DAN MENOLAK CADANGAN SEBUTHARGA
a. PDT Sepang mempunyai hak untuk menerima atau menolak sebut harga tanpa tanggungan liabiliti kepada PDT Sepang atau obligasi untuk memaklumkan kepada penyebut harga sebab-sebabnya.
b. PDT Sepang berhak memilih kesemua atau sebahagian dari cadangan penyebut harga atas kepentingan PDT Sepang.
c. PDT Sepang tidak terikat untuk memilih tawaran sebut harga termurah. Keputusan PDT Sepang adalah muktamad dan tidak perlu memberikan sebab penolakan tawaran.
ix. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
11.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
11.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau di balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
11.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan
kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan
Rasuah 1997.
11.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekalkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
x. TARIKH PENGHANTARAN BEKALAN
Penghantaran bekalan berkaitan hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas tawaran diberikan (awarded) kepada syarikat yang berjaya.
xi. ALAMAT PENGHANTARAN
a. Dokumen Sebutharga hendaklah dihantar melalui serahan tangan dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum tarikh tutup alamat berikut:
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT DAERAH/TANAH SEPANG
BANGUNAN TUN AZIZ
BANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SEPANG
SELANGOR DARUL EHSAN
b. Setiap dokumen sebutharga perlu sampai pada waktu dan tempat yang ditetapkan. Walau apa pun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
c. PDT Sepang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh mana-mana penyebut harga dalam penyediaan dan penyerahan tawaran sebutharga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil proses sebutharga ini berjaya atau sebaliknya.
xii. TARIKH TUTUP TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran sebut harga akan ditutup pada 30 Januari 2015 (Jumaat) jam 12.00 tengahari.
xiii. PERBELANJAAN URUSAN SEBUT HARGA
Sebarang kos perbelanjaan dalam urusan tawaran sebut harga ini ditanggung oleh penyebut harga.
xiv. PERINGATAN
Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tertentu atau menerima tawaran terendah sekali atau memberi sebab sesuatu tawaran sebut harga ditolak. Segala keputusan adalah muktamad.
xv. SYARAT-SYARAT AM TAWARAN SEBUT HARGA
Syarat-syarat am dan syarat-syarat lain dalam dokumen sebut harga ini, setakat mana syarat-syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan kontrak ini hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada kontrak. Jika penyebut harga tidak mematuhi syarat-syarat tawaran sebutharga di atas mengenai apa-apa juga hal, maka tawaran sebutharga akan ditolak.
xvi. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai sebutharga ini, penyebut harga boleh menghubungi pegawai berikut:
Zetty Nor Sheha binti Mohamad Tanuri
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Aset dan Perolehan
Tel : 03-87061993
Faks : 03-87064612
e-mail : zettytanuri@selangor.gov.my
Sofianna binti Othman
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Aset dan Perolehan
Tel : 03-87061211
Faks : 03-87064612
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
020601 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > BEKALAN PEJABAT DAN ALATULIS > ALAT TULIS ( TIDAK TERMASUK BORANG DAN SEMUA JENIS KERTAS)
|
Dokumen Meja Terkawal
Nama |
Saiz |
Jenis |
|
tender_DOKUMEN_MEJA |
381.10 kB |
application/x-gzip |
Muat Turun
|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. |
Tarikh |
Penilai |
Keseluruhan Markah |
Tindakan |
Tiada rekod penilaian |