Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti Pencegahan Dan Kawalan Denggi – Zon 2 (Bangi)
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S75/2020 |
Tarikh Iklan | 14 May 2020 - 22 May 2020 |
Tarikh Jual | 15 May 2020 - 22 May 2020 |
Tarikh Tutup | 22 May 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut.
DOKUMEN MEJA
TERKAWAL
Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar
secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor
telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor
2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan
melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit
tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan
Dokumen Tawaran adalah pada 15HB. MEI
2020 HINGGA 22HB. MEI 2020. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas
dari tarikh tersebut. Pihak tuan/puan digalakkan untuk menghantar dokumen
tawaran seawal tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah
ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar dokumen tawaran seperti
memastikan penjarakan sosial dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar dokumen
tawaran secara berkumpulan.
Pihak Bahagian Bekalan Dan Perolehan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kesilapan Penyebutharga melihat tarikh tutup sebutharga semasa membuat penghantaran dokumen tawaran.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 22HB. MEI 2020 JAM 12.00 TENGAHARI.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 220901 PERKHIDMATAN > PENGAWALAN DAN PENGAWASAN > KAWALAN SERANGGA PEROSAK, ANTI TERMITE |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
S75-Kawalan Denggi Zon 2 Bangi (Dokumen Meja Terkawal-Untuk Rujukan Sahaja) | 3.82 MB | application/pdf | Muat Turun |