Cetak
MPKj S103/2020

Cadangan Kerja Dalaman Bagi Lobi Di Aras 1 Dan Aras G, Bangunan Tambahan Pejabat Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Majlis Perbandaran Kajang

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Dya Diyana Bt Mawardi
E-mel dyadiyana@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKj S103/2020
Tarikh Iklan 27 Nov 2020 - 14 Dec 2020
Tarikh Jual 30 Nov 2020 - 14 Dec 2020
Tarikh Tutup 14 Dec 2020
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tarikh & Masa Taklimat 30 Nov 2020 09:00
Alamat Taklimat Menara MPKj
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut.

Penyebutharga adalah DIGALAKKAN untuk hadir taklimat dan lawatan tapak seperti ketetapan berikut:

(Taklimat dan lawatan tapak dilaksanakan secara temujanji)

Tarikh                          : 30hb November 2020 sehingga 14hb Disember 2020

Tempat                        : Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih,

                                      Off Jalan Semenyih,

                                      43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Pegawai terlibat          : Pn.Aishah Kamilah Binti Suhaimi (Penolong Pegawai Senibina)

untuk lawatan tapak     019-307 0096 

* Taklimat dan lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina sebutharga tersebut. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

* Penyebutharga perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk hadir taklimat dan lawatan tapak pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sahaja.

* Hanya Pemilik / Penama Sahaja Diwajibkan untuk hadir taklimat dan lawatan tapak. Sila bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran. 

* Penyebutharga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghadiri lawatan tapak seperti memastikan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

DOKUMEN MEJA TERKAWAL

Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my

Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 30HB. NOVEMBER 2020 HINGGA 14HB. DISEMBER 2020. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 14HB. DISEMBER 2020 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAHARI. Pihak tuan/puan digalakkan untuk menghantar dokumen tawaran seawal tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar dokumen tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar dokumen tawaran secara berkumpulan.

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 Menara MPKj Menara MPKj 30 Nov 2020 09:00
2 Menara MPKj Menara MPKj 1 Dec 2020 09:00
3 Menara MPKj Menara MPKj 2 Dec 2020 09:00
4 Menara MPKj Menara MPKj 3 Dec 2020 09:00
5 Menara MPKj Menara MPKj 4 Dec 2020 09:00
6 Menara MPKj Menara MPKj 7 Dec 2020 09:00
7 Menara MPKj Menara MPKj 8 Dec 2020 09:00
8 Menara MPKj Menara MPKj 9 Dec 2020 09:00
9 Menara MPKj Menara MPKj 10 Dec 2020 09:00
10 Menara MPKj Menara MPKj 11 Dec 2020 09:00
11 Menara MPKj Menara MPKj 14 Dec 2020 09:00

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B07 HIASAN DALAMAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
S103 lukisan 2 2.14 MB application/pdf Muat Turun
Standard Specification 5.06 MB application/pdf Muat Turun
S103-updated lukisan A3 size 4.55 MB application/pdf Muat Turun
S103 lukisan 1 2.59 MB application/pdf Muat Turun
S103-updated lukisan A4 size 3.05 MB application/pdf Muat Turun
MPKj S103/2020 - Kerja Dalaman Menara MPKj 7.21 MB application/pdf Muat Turun