Cetak
MPKj S 58/2022

MEMBEKAL PERABOT, KELENGKAPAN PEJABAT DAN LAIN-LAIN KELENGKAPAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BIL 1/2022

Pegawai Bertanggungjawab
Nama hasni
E-mel hasni@mpkj.gov.my
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKj S 58/2022
Tarikh Iklan 11 Mar 2022 - 28 Mar 2022
Tarikh Jual 14 Mar 2022 - 28 Mar 2022
Tarikh Tutup 28 Mar 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebutharga/ Tender)
Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan berikut:

 

DOKUMEN MEJA TERKAWAL

 

Penyebutharga boleh merujuk Dokumen Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.

 

Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

 

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

 

Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

 

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 14 MAC 2022 HINGGA 28 MAC 2022. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

 

TARIKH PENYERAHAN

 

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 28 MAC 2022 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:

 

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang

 (Peti Sebutharga/ Tender)

Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan

Menara MPKj

Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih

43000 Kajang      

Selangor Darul Ehsan

 

Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

 

Pihak tuan/ puan hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran dan digalakkan untuk menghantar Dokumen Tawaran seawal tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.

 

 

LAWATAN TAPAK

 

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

 

Dalam hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
020101 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERABOT, KELENGKAPAN DAN AKSESORI > PERABOT, PERABOT MAKMAL DAN KELENGKAPAN BERASASKAN KAYU/ROTAN/FABRIK/LOGAM/PLASTIK (WORKSTATIONS)

ATAU


020201 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI

ATAU


020301 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERKAKAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK > PERKAKAS ELEKTRIK DAN AKSESORI

ATAU

020302 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERKAKAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK > PERKAKAS ELEKTRONIK DAN AKSESORI

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis