Cetak
MBSJ.KUB.400-5/6/196

PELUPUSAN KENDERAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA BIL.1/2021 BAGI KENDERAAN FORD RANGER BERNOMBOR PENDAFTARAN – BGK 4126

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Ahmad Azri Bin Abdul Hamid
E-mel ahmad.azri@mbsj.gov.my
No. Tel 03-80264382
Jabatan KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Bandaraya Subang Jaya
No. Sebut Harga MBSJ.KUB.400-5/6/196
Tarikh Iklan 16 Mar 2022 - 29 Mar 2022
Tarikh Jual 16 Mar 2022 - 29 Mar 2022
Tarikh Tutup 29 Mar 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No.Sebut Harga (Seperti dinyatakan di iklan tawaran) dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Ruang Legar Pintu Masuk Lobi Aras 1, (Hadapan Arena MBSJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tarikh tutup sebut harga adalah pada 29 Mac 2022 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 0.00

Syarat Sebut Harga

Aset boleh dilihat pada 16 Mac 2022 (Rabu) hingga 28 Mac 2022 (Isnin) di antara jam 10.00 pagi hingga 04.00 petang  di Bengkel Kejuruteraan MPSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor.

 

Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut harga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 25) dan boleh diperolehi di lokasi seperti berikut:-

 

 

a) Bengkel Kejuruteraan MPSJ, Jalan TP2, Taman

Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor

 

 

b) Laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya di

www.mpsj.gov.my

 

 

c)Laman Web e-tender Selangor di

https://tender.selangor.my

 

 

d) OCPS MPSJ (untuk kakitangan sahaja)

SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA PELUPUSAN KENDERAAN MBSJ

 1.       Semua aset kenderaan tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga harga kenaan cukai kastam oleh pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) (bagi aset kenderaan No. Pendaftaran BJF 4040, BJH 371, BKQ 645 sahaja) yang perlu dibayar oleh petender sebelum proses pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

2.        Petender adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 10%  daripada harga tawaran bagi setiap satu   aset. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk draf bank sahaja atas nama MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA   yang perlu disertakan bersama-sama Dokumen Tawaran Sebut harga dan juga dokumen lampiran yang berkaitan. (bayaran   secara Tunai/Wang Pos/Cek dan lain-lain adalah tidak diterima)

 

3.     Tawaran tanpa / kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

 

4.   Dokumen tawaran petender bagi setiap kenderaan wajib disertakan Borang Tuntutan Cagaran dan Borang Pendaftaran   Maklumat Syarikat / Individu yang telah lengkap diisi dan dilampirkan bersama  salinan kad pengenalan, penyata bank   dan salinan sijil SSM (syarikat sahaja).

 

5.   Semua aset kenderaan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis) dan MBSJ tidak akan   bertanggungjawab ke atas aset yang dijual tersebut.

 

6.   Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset kenderaan seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut keluar dan   sebagainya hendaklah ditanggung oleh petender sendiri.

 

7.     Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan atau maklumbalas daripada MBSJ dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup, maka tawaran petender dianggap tidak berjaya dan pemulangan wang cagaran deposit akan dibuat kepada petender dalam tempoh yang sama.

 

8.     Hanya petender yang berjaya sahaja yang akan dihubungi dan   dikehendaki membuat pembayaran penuh dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan keputusan / surat tawaran penjualan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, tawaran penjualan akan terbatal dan deposit sebut harga juga tidak akan dikembalikan.

 

9.       Petender yang berjaya hendaklah mengambil / membawa keluar aset tersebut dari premis MBSJ dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran penuh dibuat dan seterusnya menguruskan urusan PUSPAKOM (sekiranya berkaitan) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pengambilan aset.

10.   Urusan pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) oleh MBSJ adalah tertakluk kepada penyelesaian urusan PUSPAKOM oleh petender. (sekiranya berkaitan). Petender akan dimaklumkan untuk membuat urusan ‘thumbprint’ pemunya baru di JPJ (slip pengesahan tukar hakmilik JPJ akan diberikan) setelah urusan ‘thumbprint’ pemunya lama (MBSJ) selesai di JPJ.

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis