PERKHIDMATAN SKIM PERLINDUNGAN INSURAN KESIHATAN KELOMPOK LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Mohd Reza Bin Yusry |
E-mel | reza@lphs.gov.my |
No. Tel | |
Jabatan |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
25/08/2021 | Ralat Dokumen Sebut Harga | Selanjutnya |
02/09/2021 | Pindaan Tarikh Tutup Sebut Harga | Selanjutnya |
06/09/2021 | Maklumat Tambahan | Selanjutnya |
09/09/2021 | Lanjutan Tarikh Tutup Kedua | Selanjutnya |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Selangor |
---|---|
No. Sebut Harga | LPHS/SH/BP/21/04 |
Tarikh Iklan | 25 Aug 2021 - 17 Sep 2021 |
Tarikh Jual | 25 Aug 2021 - 17 Sep 2021 |
Tarikh Tutup | 17 Sep 2021 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR, TINGKAT 5, PODIUM UTARA, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, 40503 SHAH ALAM, SELANGOR |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 0.00 |
Syarat Sebut Harga
- Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah Kod Bidang berikut:
Kod Bidang: 221801 atau 221802 (Perlu Lesen Bank Negara)
Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.
- Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun melalui Sistem Tender Online Selangor secara PERCUMA bermula 25 Ogos 2021. Syarikat perlu memuat turun, mencetak serta melengkap Dokumen Sebut Harga yang disediakan. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang menyatakan tajuk kerja serta nombor sebut harga berkenaan pada sebelah atas kiri sampul (Cadangan Teknikal dan Harga dalam dua (2) sampul berasingan) dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga sebelum atau pada 12.00 tengah hari 17 September 2021 (Jumaat) (lanjutan kedua) kepada:
Pengarah Eksekutif
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Tingkat 5, Podium Utara
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam
Selangor
No. Tel: 03-5544 7169
No. Faks: 03-55135568
- Syarikat dibenarkan untuk menghantar Dokumen Sebut Harga melalui pos berdaftar / kurier. Jika Dokumen Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, syarikat hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran Sebut Harga.
- Sebarang pindaan kepada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan di dalam Iklan ini adalah tertakluk kepada pindaan tarikh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak Kerajaan Malaysia.
- Kenyataan Sebut Harga ini juga boleh dirujuk di Laman Sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor seperti berikut: http://lphs.selangor.gov.my.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
221801 PERKHIDMATAN > PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN INSURAN > SYARIKAT INSURANS (PERLU LESEN BANK NEGARA) ATAU 221802 PERKHIDMATAN > PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN INSURAN > BROKER INSURAN (PERLU LESEN BANK NEGARA) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|