Bantuan

Kontraktor (19 artikel)
Bantuan Untuk Kontraktor

Sila layari Sistem Tender Online dan klik pada Daftar Syarikat. Sila rujuk di SINI untuk langkah mendaftar yang lebih terperinci.
Ya, setiap pendaftaran syarikat akan dikenakan yuran langganan berjumlah RM 100.00 setahun. Pembayaran hanya boleh dibuat secara online sahaja iaitu melalui kad kredit atau online banking (FPX).
Ya, pendaftaran hanya sah dalam tempoh setahun dari tarikh kelulusan dan pembaharuan perlu dibuat dengan kadar yang sama RM 100.00.
Anda mungkin tidak mempunyai kelayakan yang dikehendaki untuk membeli tender tersebut. Sistem akan memeriksa kelayakan syarikat anda, jika tidak layak, mesej tersebut akan dikeluarkan.

Sila pastikan maklumat syarikat anda dikemaskini. Cara mengemaskini maklumat syarikat boleh rujuk DI SINI.

Untuk permintaan pengemaskinian kod bidang syarikat, sila rujuk di pautan ini Permintaan Kemaskini
Kontraktor boleh membuat permohonan permintaan kemaskini secara online.

1) Sila login terlebih dahulu ke dalam sistem, kemudian klik pada Maklumat Syarikat.
2) Pilih Permintaan Kemaskini > Kemaskini MOF atau CIDB.
3) Sila masukkan maklumat yang ingin dikemaskini dan muatnaik sijil terkini syarikat. Syarikat hendaklah memuatnaik sijil yang lengkap (semua mukasurat) dalam bentuk PDF SAHAJA.
4) Notifikasi status lulus atau gagal akan dihantar melalui emel syarikat yang didaftarkan di dalam sistem.

Sila rujuk di pautan ini Permintaan Kemaskini
Pembayaran Langganan

Pembayaran Langganan boleh dibuat secara online setelah pendaftaran syarikat anda diluluskan daripada agensi pengesahan. Sila klik pautan ini untuk cara-cara pembayaran langganan. Cara Pembayaran

Pembayaran Pembaharuan Langganan

Sila klik pautan ini untuk cara-cara perbaharui langganan.

Untuk Pembelian Dokumen

Pembelian dokumen sebutharga/tender boleh dibuat secara online melalui kad kredit atau online banking (FPX). Cara-cara membuat pembelian boleh rujuk DI SINI
Untuk pembayaran menggunakan kad kredit/debit:

Terdapat 3 mod kad kredit yang dibenarkan iaitu Visa, Mastercard dan AMEX. Mana-mana kad kredit/debit yang mempunyai mana-mana mod di atas boleh digunakan untuk transaksi di dalam Sistem Tender Online. Sila pastikan juga kad anda telah disahkan penggunaannya oleh pihak Bank.

Butir-butir yang diperlukan adalah:
1. Nama di kad
2. Jenis kad (Visa atau Mastercard)
3. Nombor kad
4. Nombor "CVV" (iaitu 3 digit terakhir di belakang kad kredit anda)
5. Tarikh luput

Sila rujuk DI SINI untuk bayaran menggunakan kad kredit.

Untuk pembayaran menggunakan FPX:

Butir-butir yang diperlukan adalah maklumat login dalam mana-mana online banking milik tuan/puan. Senarai bank yang ada dalam FPX ini di antaranya adalah:

- CIMB
- Maybank
- RHB Bank
- Bank Islam
- Affin Bank
- Ambank
- Hong Leong Bank
- Public Bank

Senarai penuh bank yang mengambil bahagian di dalam FPX ini adalah boleh rujuk di SINI
Untuk Pembayaran Langganan / Pembaharuan Langganan:

Sila semak resit pembayaran di menu "Bayaran Pendaftaran" yang terdapat di dalam menu Maklumat Syarikat untuk melihat semua pembayaran langganan yang telah berjaya dibuat.

Untuk Pembelian Dokumen:

Sila semak resit pembelian di menu "Dokumen Dibeli" untuk melihat semua pembelian yang telah dibuat.

Maklumat lanjut, sila rujuk DI SINI
Tidak.Kerja-kerja undi adalah kerja-kerja Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Pejabat Daerah untuk dilaksanakan. Setakat ini, kerja-kerja undi masih dijalankan seperti biasa secara iklan di Pejabat Daerah. Sila hubungi Pejabat Daerah untuk maklumat lanjut.
Ini adalah kerana pembayaran bagi dokumen beberapa agensi di dalam sistem menggunapakai akaun yang berlainan. Oleh yang demikian, pihak syarikat perlu menyelesaikan bayaran bagi dokumen sebutharga/tender bagi sesuatu agensi sebelum membeli dokumen dari agensi lain.
Untuk makluman, Sistem Tender Online Selangor 2.0 telah mewujudkan maklumat "Daerah" di dalam sistem. Oleh yang demikian, semua maklumat syarikat yang berdaftar sebelum 8 Jun 2015 adalah berstatus "Luar Negeri Selangor" secara default. Justeru itu, tuan/puan hendaklah mengemaskini maklumat daerah melalui sistem dengan merujuk DI SINI.
Anda di nasihatkan untuk membaca manual 'Panduan Pengguna' yang boleh diakses melalui pautan ini Panduan Pengguna dan Bantuan Tentang Kontraktor terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak pentadbiran Sistem Tender Online Selangor 2.0.

Jika masalah anda adalah berkaitan dengan iklan atau dokumen sebutharga/tender yang ingin dibeli, anda boleh hubungi agensi-agensi yang terlibat dengan melihat kategori agensi. Tercatat alamat dan nombor telefon untuk maklumat lanjut.

Jika masalah berkenaan sistem dan pembayaran, anda boleh menggunakan borang "Hubungi Kami". Kami akan menyelesaikan masalah seberapa segera. Maklumbalas akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Sila rujuk syarat-syarat sebutharga/tender tersebut. Ada kemungkinan agensi tersebut tidak menyediakan pembelian dokumen secara atas talian dan memerlukan syarikat untuk hadir ke agensi bagi mendapatkan dokumen tersebut. Sekiranya terdapat alert message terpapar pada sistem, sila rujuk mesej yang dikeluarkan:

1) Sijil CIDB tamat tempoh. atau Sijil MOF tamat tempoh. - bermaksud sijil CIDB/MOF telah tamat tempoh. Sila buat Permohonan Kemaskini melalui sistem.

2) Kod Bidang MOF tidak layak. - bermaksud syarikat anda tidak mempunyai kod bidang MOF yang diperlukan

3) Gred CIDB tidak layak. - bermaksud syarikat anda tidak mempunyai Gred CIDB yang diperlukan (contoh: G1,G2,G3 dsb)

4) Bidang Pengkhususan CIDB tidak layak. - bermaksud syarikat anda tidak mempunyai bidang pengkhususan yang diperlukan (contoh: M01, CE21, CE01 dsb)

5) Hanya dibuka untuk syarikat dari Selangor sahaja. - bermaksud sebutharga/tender hanya dibuka untuk syarikat yang berdaftar di Selangor sahaja

6) Hanya dibuka untuk syarikat dari daerah Gombak sahaja. - bermaksud sebutharga/tender tersebut hanya dibuka untuk syarikat yang berada di daerah tersebut sahaja.

7) Sebut Harga ini tidak boleh dibeli lagi. - bermaksud sebutharga/tender belum lagi dibuka untuk penjualan. Sila rujuk tarikh buka sebutharga/tender.

8) Sebut Harga ini hanya boleh dibeli secara manual. Sila rujuk Syarat Tender untuk maklumat lanjut. - bermaksud sebutharga/tender tersebut hanya boleh dibeli secara manual di kaunter agensi tersebut. Sila hubungi agensi terbabit untuk maklumat lanjut.

9) Sebut Harga/ Tender telah dibeli. - bermaksud dokumen sebutharga/tender tersebut telah pun dibeli oleh syarikat tuan/puan. Sila rujuk Dokumen Dibeli di dashboard akaun anda.

10) Anda perlu menghadiri taklimat sebelum dibenarkan membeli dokumen tender / sebut harga ini. - bermaksud syarikat tuan/puan belum lagi menghadiri taklimat/lawatan tapak bagi sebutharga tersebut. Kehadiran lawatan ke taklimat/tapak hanya akan dikemaskini oleh agensi. Sila hubungi agensi tersebut untuk sebarang permasalahan.
Selepas anda menambah kepada senarai tempahan, akan terpapar Senarai Tempahan beserta jumlah dokumen yang telah dipilih. Contoh: Senarai Tempahan (3)

Untuk membuat pembayaran, sila klik pada kotak tersebut dan pilih mod bayaran yang diinginkan dan teruskan proses pembayaran seperti biasa. Cara-cara membuat pembayaran boleh dirujuk DI SINI
Terdapat 2 pilihan semasa memilih untuk pembayaran melalui FPX iaitu:

1. Perbankan Peribadi : Ia adalah perbankan yang menggunapakai akaun peribadi milik persendirian/syarikat. Untuk pengesahan transaksi yang dibuat, kebiasaanya TAC/OTP akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan Bank. (Contoh: CimbClicks, Maybank2U dll)

2. Perbankan Korporat : Ia adalah perbankan korporat yang menggunapakai akaun peribadi milik persendirian/syarikat. (Contoh: BizChannel@CIMB, Maybank2e.net dll)
Sekiranya tiada status pembayaran LULUS atau GAGAL dipaparkan di dalam sistem, anda disarankan agar dapat menghubungi pihak BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT untuk menyemak status transaksi tersebut sama ada telah ditolak daripada akaun atau tidak.

Sekiranya telah ditolak daripada akaun tuan/puan dan dokumen yang dibeli tidak tersenarai, sila hubungi kami melalui Borang Maklumbalas dengan menyatakan no.transaksi tersebut untuk pengemaskinian pembayaran selanjutnya.
Untuk makluman, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan terhadap Sistem Tender Online Selangor 2.0 dimana terdapat beberapa agensi yang hanya menyediakan mod bayaran secara FPX sahaja atau Kad Kredit sahaja atau kedua-duanya sekali. Ia adalah bergantung kepada kesediaan mod bayaran bagi sesuatu agensi tersebut dan sekiranya terdapat permintaan untuk menambah mod bayaran lain, bolehlah dikemukakan terus kepada agensi tersebut untuk ditambahbaik.

Berikut adalah senarai agensi dan mod bayaran yang telah tersedia:

Kad Kredit & FPX
1) Pejabat SUK
2) Pejabat Daerah
3) Agensi Lain

Kad Kredit Sahaja
1) PBT:
- Majlis Perbandaran Subang Jaya

FPX Sahaja
1) PBT
- Majlis Perbandaran Sepang
- Majlis Daerah Hulu Selangor
- Majlis Daerah Sabak Bernam
- Majlis Bandaraya Shah Alam
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Hanya Kad Debit yang mempunyai Visa/Mastercard/Amex sahaja boleh digunakan.
Anda boleh merujuk kepada logo yang terpapar di atas kad anda.

1. Hantar e-mail rasmi kepada Agensi yang mengeluarkan tender

2. Hantar salinan e-mail rasmi kepada tenderadmin@selangor.gov.my

3, Nyatakan: Kebenaran Khas Untuk : No Tender / Sebut harga pada (Tajuk)

4. Lampirkan Dokumen Kebenaran Khas dalam bentuk PDF / JPEG yang boleh dibuka

5. Hantar hanya satu permohonan untuk satu kebenaran khas.

6. Waktu pemprosesan Kebenaran Khas CIDB adalah selama tiga(3) hari bekerja.