SEBUTHARGA OLEH JKR SABAK BERNAM BAGI KONTRAKTOR G1 (CE12)

2 Oct 2019 • Oleh Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam

SEBUTHARGA YANG AKAN DIKELUARKAN OLEH JKR SABAK BERNAM BAGI KONTRAKTOR G1 (CE12)

KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH & UJIAN MAKMAL BAGI TAPAK PROJEK PEMBINAAN GANTIAN PENUH BANGUNAN 6BD PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DI SMK BAGAN TERAP, DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

1. Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian  Kewangan Malaysia (SSM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor  dalam Gred G1, Kod Pengkhususan CE12  Bertaraf Bumiputra Dan BAGI kontraktor di negeri SELANGOR SAHAJA yang dibenarkan untuk membeli dokumen sebutharga.

2. Borang Sebutharga boleh didapati mulai tarikh 1 Oktober 2019 hingga 3 Oktober 2019 di Unit Ukur Bahan JKR Sabak Bernam dengan bayaran Ringgit Malaysia RM10.00 Tunai sahaja.


  Waktu Urusan Pembelian Sebutharga

Isnin – Khamis : 08.00 pagi - 12.30 tgh hari

                02.00 ptg   - 03.30 ptg

Jumaat   :         08.00 pagi - 11.45 pagi

                02.45 ptg   - 03.30 ptg


3. KEBENARAN KHAS hendaklah dipohon sebelum membeli dokumen.

Kontraktor hendaklah membawa sekali surat kelulusan dari CIDB bagi tujuan tersebut.


** Lawatan ke tapak projek adalah DIGALAKKAN supaya pihak syarikat / kontraktor dapat mengisi sebutharga dengan nilai dan kadar yang munasabah.


4. Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan hendaklah mencatit No.Rujukan Sebutharga di sebelah penjuru kiri sampul tersebut. Dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di pejabat JKR SABAK BERNAM  tidak lewat dari jam 12.00 Tengahari 4 Oktober 2019.